Pembidaan 2000 Summer Olympic

Sydney diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2000 pada 24 September 1993 semasa Sesi IOC ke-101 yang dianjurkan di Monte Carlo, Monaco. Sydney telah mengalahkan Beijing, Berlin, Istanbul dan Manchester dalam empat peringkat pengundingan. Kekalahan Beijing dikatakan sebagai "tamparan yang besar" kepada "keutamaan politik yang penting" bagi Parti Komunis China dan rakyat negara China sehinggalah hampir berlakunya tunjuk perasaan oleh pelajar universiti di Beijing.[4]

Keputusan Pembidaan Sukan Olimpik 2000[5]
BandarNama JOKPeringkat 1Peringkat 2Peringkat 3Peringkat 4
Sydney Australia30303745
Beijing Republik Rakyat China32374043
Manchester United Kingdom111311
Berlin Jerman99
Istanbul Turki7